Perpustakaan UTHM Laman Utama Direktori Telefon Staf Perpustakaan Informasi

AKSES LUAR KAMPUS
Off-Campus Access

PENGENALAN

Kemudahan ini disediakan untuk kemudahan staf dan pelajar UTHM mengakses pangkalan data atas talian yang dilanggan oleh Perpustakaan UTHM. Kemudahan ini boleh diakses secara internet diluar kampus UTHM.


KELEBIHAN

1. Akses Pangkalan data yang dilanggan bila-bila masa, dimana jua anda berada.
2. Tiada yuran atau bayaran dikenakan
3. Kebebasan untuk muat-turun artikel, kertas persidangan, dan maklumat lain secara "full text" atau "abstrak".


PERINGATAN KEPADA SEMUA PENGGUNA PERPUSTAKAAN!!

1. Jangan dedahkan ID dan kata laluan anda kepada individu lain kerana ID dan katalaluan tersebut
membolehkan individu lain mengakses e-mel anda!!

2. Pengguna bertanggungjawab terhadap ID dan katalaluan masing-masing

3. Segala urusan permohonan akses kepada katalaluan, adalah melalui e-mel UTHM sahaja. Permohonan melalui e-mel luar seperti yahoo, gmail, hotmail dan lain-lain, tidak akan dilayan.

4. Pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang penyalahgunaan ID dan katalaluan.

5. Sebarang masalah / aduan mengenai katalaluan / e-mel boleh diajukan terus kepada Unit Pengurusan Data, Pusat Teknologi Maklumat di talian 07-4537297.

6. Akses Luar Kampus ini terhad untuk kemudahan staf dan pelajar UTHM sahaja. Individu luar tidak dibenarkan sama sekali untuk mengaksesnya.Bagaimana untuk mengakses pangkalan data atas talian di luar kampus?


BAGAIMANA MENGAKSES PANGKALAN DATA DI LUAR KAMPUS UTHM ?

1. Pengguna perlu mendaftar masuk pada ruang daftar masuk yang disediakan di laman utama perpustakaan

EZproxy Login

2. Masukkan ID pengguna dan katalaluan yang sama seperti anda mengakses e-mail UTHM.
ID Pengguna (username) = nama/singkatan nama yang telah diberikan kepada anda oleh universiti untuk mengakses e-mel UTHM.
Katalaluan (password) = katalaluan yang telah anda daftarkan untuk membuka akaun e-mel UTHM anda

Contoh:
Masukkan ID dan katalaluan anda

3. Anda perlu "login" untuk proses verifikasi ID anda.

login

4. Setelah proses verifikasi selesai, skrin akan memaparkan senarai pangkalan data yang dilanggan.
Anda hanya perlu memilih pangkalan data yang ingin diakses.




5. Jika Pangkalan Data tersebut memerlukan katalaluan (password required), anda boleh memohon kata laluan tersebut dengan menghubungi pihak perpustakaan atau memohon melalui e-mail UTHM.
Permohonan katalaluan menggunakan e-mail peribadi yang lain (gmail, yahoo mail, hotmail dsb) tidak akan diterima
.


6. Untuk permohonan katalaluan melalui e-mail UTHM, sila ikuti langkah berikut:

i) Login ke e-mail anda
ii) Buka ruangan "compose" / "new"
iii) taipkan "password" pada ruangan perkara (subject)
iv) Hantarkan e-mail anda ke alamat ezaccess@uthm.edu.my
v) Katalaluan akan dihantar ke "Inbox" sejurus anda menghantar e-mail tersebut.
vi) Klik pada "Inbox" dan anda boleh memilih katalaluan bagi pangkalan data tersebut.