Beriltizam menjadi gerbang ilmu yang dinamik
Memperoleh, mengurus dan menyedia bahan maklumat yang lengkap, tepat dan terkini bagi memenuhi keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di UTHM berteraskan pengurusan yang menepati piawaian dan berkualiti serta bertunjangkan konsep Tauhid.
OBJEKTIF
1.
Memperoleh bahan rujukan perpustakaan yang memenuhi keperluan
akademik holistik universiti.
2. Mengindeks
bahan perpustakaan yang diterima mengikut piawaian antarabangsa.
3. Menjadikan
perpustakaan sebagai pusat pengumpulan hasil karya ilmiah
universiti.
4. Menyediakan
perkhidmatan kaunter yang mesra pengguna, cekap dan berkesan.
5. Membantu
pengguna mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk aktiviti
pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.
6. Menyediakan
bahan terbitan yang informatif, tepat dan terkini bagi mempromosi
kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan.
7. Membimbing
dan melatih pengguna secara efektif bagi mengoptimumkan penggunaan
kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan.
8. Menguruskan
pendaftaran dan kemaskini rekod keahlian dengan cepat dan
lengkap.
9. Menguruskan
penyusunan koleksi yang teratur dan sistematik supaya mudah
diakses oleh pengguna.
10. Menyediakan
dan menyokong secara berkesan penggunaan teknologi maklumat
dalam pengurusan dan perkhidmatan perpustakaan.
11. Memupuk
budaya ilmu dikalangan warga universiti dan masyarakat sekitar.