![]() ![]() ![]() |
||
|
1. |
Pengguna hendaklah memakai Kad Matrik/Staf UTHM semasa berada di dalam perpustakaan. Kehilangan Kad Matrik/Staf hendaklah dilaporkan dengan segera kepada Pustakawan, Bahagian Perkhidmatan Maklumat. Kegagalan melaporkan kehilangan Kad Matrik/Staf akan menyebabkan pengguna dipertanggungjawabkan keatas pinjaman bahan yang dilakukan oleh pengguna lain. |
|
2. |
Pengguna
hendaklah mematuhi peraturan senyap di perpustakaan |
|
3. |
Pengguna
hendaklah berpakaian kemas dan sopan semasa berada di perpustakaan. Pihak
perpustakaan berhak mengarahkan pengguna yang tidak berpakaian kemas dan
sopan supaya meninggalkan perpustakaan |
|
4. |
Pengguna
hendaklah mematuhi peraturan penggunaan komputer di perpustakaan |
|
5. |
Pengguna
dilarang membawa masuk beg, topi keledar, payung, baju hujan dan bungkusan
ke dalam perpustakaan. Barang-barang tersebut boleh disimpan dalam loker
berkunci di foyer perpustakaan |
|
6. |
Pengguna
dilarang menggunakan telefon bimbit di dalam perpustakaan |
|
7. |
Pengguna
dilarang mengalih perabot dan peralatan perpustakaan dari tempat asalnya |
|
8. |
Pengguna
dilarang mengotor, mengoyak atau merosakkan bahan perpustakaan |
|
9. |
Pengguna
dilarang membawa bahan perpustakaan keluar dari perpustakaan tanpa dipinjam
secara sah samada di Kaunter Perkhidmatan atau melalui Mesin Pinjaman
Layan Diri |
|
10. |
Pengguna
dilarang menayangkan bahan audio-visual milik sendiri di Bilik Penyelidikan
tanpa kebenaran staf perpustakaan yang bertugas |
|
11. |
Pengguna
dilarang membawa masuk kanak-kanak ke dalam perpustakaan |
|
12. |
Pengguna
dilarang merokok, makan dan minum di dalam perpustakaan |
|
13. |
Pengguna
dilarang menempah tempat duduk. Pengguna lain berhak menggunakan mana-mana
tempat duduk yang ditinggalkan kosong selama lebih 20 minit |
|
14. |
Pengguna
dilarang membawa masuk haiwan peliharaan ke dalam perpustakaan |
|
15. |
Pengguna
yang membuat salinan fotokopi bahan-bahan perpustakaan adalah bertanggungjawab
sepenuhnya keatas sebarang tindakan yang melanggar Akta Hakcipta 1987
(Akta 332) |
|
16. |
Pihak perpustakaan
berhak mengarahkan pengguna yang kelakuan atau tindakannya boleh ditafsirkan
sebagai mengganggu ketenteraman didalam perpustakaan supaya meninggalkan
perpustakaan |
|
17. |
Pihak perpustakaan
berhak memeriksa buku, fail atau bahan-bahan lain yang hendak dibawa keluar
oleh pengguna dari bangunan perpustakaan |
|
18. |
Pengguna
yang akan bercuti belajar atau bercuti sabatikal hendaklah memulangkan
semua bahan yang dipinjam dari perpustakaan |
|
19. |
Pengguna
yang menangguhkan, menarik diri, berhenti atau telah menamatkan pengajian
di universiti hendaklah memulangkan semua bahan yang dipinjam dari perpustakaan |
|
20. |
Pengguna
yang gagal mematuhi peraturan, akan menghadapi tindakan berikut: • Diarahkan keluar dari bangunan perpustakaan. • Tidak dibenarkan masuk dan menggunakan perkhidmatan / kemudahan perpustakaan. • Digantung kelayakan meminjam bahan perpustakaan. • Digantung keputusan peperiksaan. • Dirujuk kepada Unit Tatatertib Mahasiswa, Pejabat HEP |
|
21. |
Pihak perpustakaan
berhak meminda peraturan perpustakaan dari semasa ke semasa |
|