Peraturan Am |
| 1. Pengguna hendaklah memakai kad pelajar/staf semasa berada di dalam perpustakaan. Kehilangan kad hendaklah dilaporkan segera kepada pustakawan. |
|
2. Pengguna hendaklah mematuhi peraturan senyap di dalam perpustakaan. |
|
3. Pengguna hendaklah berpakaian kemas dan sopan seperti yang telah ditetapkan oleh pengurusan universiti. |
|
4. Pengguna hendaklah mematuhi peraturan penggunaan komputer di perpustakaan. |
| 5. Pengguna hendaklah menggunakan mod senyap untuk telefon bimbit di dalam perpustakaan. |
| 6. Pengguna hendaklah menyerahkan buku, fail atau bahan lain yang hendak dibawa keluar dari bangunan perpustakaan untuk pemeriksaan. |
7. Pengguna dilarang menggunakan kad pelajar/staf lain untuk berurusan di Kaunter Sirkulasi. |
|
8. Pengguna dilarang membawa masuk beg, topi keledar, payung, baju hujan dan bungkusan ke dalam perpustakaan. |
|
9. Pengguna dilarang mengalih perabot dan peralatan perpustakaan dari tempat asalnya. |
|
10. Pengguna dilarang mengotor, mengoyak atau merosakkan bahan perpustakaan. |
|
11. Pengguna dilarang membawa bahan perpustakaan keluar dari perpustakaan tanpa dipinjam secara sah samada di kaunter sirkulasi atau mesin pinjaman layan diri. |
|
12. Pengguna dilarang membawa masuk kanak-kanak ke dalam perpustakaan. |
|
13. Pengguna dilarang merokok, makan dan minum di dalam perpustakaan. |
|
14. Pengguna dilarang membawa masuk haiwan peliharaan ke dalam perpustakaan. |
|
15. Pengguna yang membuat salinan fotokopi bahan perpustakaan adalah bertanggungjawab sepenuhnya keatas sebarang tindakan yang melanggar Akta Hakcipta 1987. |
|
16. Staf yang akan bercuti belajar atau bercuti sabatikal hendaklah memulangkan semua bahan yang dipinjam dari perpustakaan. |
|
17. Staf yang akan berhenti atau ditamatkan perkhidmatan hendaklah memulangkan semua bahan yang dipinjam dari perpustakaan dan membayar dendaan (sekiranya ada) |
|
18. Pelajar yang akan menangguh, menarik diri atau menamatkan pengajian hendaklah memulangkan semua bahan yang dipinjam dari perpustakaan dan membayar dendaan (sekiranya ada) |
| 19. Pengguna yang melanggar peraturan, akan menghadapi salah satu tindakan berikut: Tidak dibenarkan masuk dan menggunakan perkhidmatan perpustakaan atau Diarahkan keluar dari bangunan perpustakaan atau Digantung kelayakan peminjaman bahan atau Digantung keahlian perpustakaan atau Dirujuk kepada Unit Tatatertib Mahasiswa, Pejabat HEP |
|
20. Pihak perpustakaan berhak meminda peraturan perpustakaan dari semasa ke semasa. |