1. Penggunaan bilik ini adalah untuk aktiviti pembelajaran semasa dan diluar waktu perkhidmatan perpustakaan.
2. Penggunaan bilik ini terbuka kepada semua pengguna Perpustakaan UTHM.
3. Pengguna dibenarkan membawa beg dan komputer riba ke dalam bilik ini.
4. Pengguna dibenarkan membawa air mineral dan snack sahaja.
5. Pengguna dilarang melakukan aktiviti yang mengganggu ketenteraman pengguna lain.
6. Pengguna hendaklah menjaga tingkah laku dan sahsiah semasa berada di bilik ini.
7. Pengguna dilarang melakukan perbuatan tidak bermoral semasa berada di bilik ini.
8. Pengguna hendaklah memastikan perkara-perkara berikut dipatuhi sebelum meninggalkan bilik
a. Mematikan suis lampu dan kipas (sekiranya anda pengguna terakhir)
b. Menyusun semula perabot dan kelengkapan lain
c. Memastikan tidak ada barangan peribadi dan sampah ditinggalkan
9. Pengguna yang merosakkan perabot dan peralatan secara sengaja atau disebabkan kecuaian perlu membayar gantirugi kepada pihak perpustakaan.
10.Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan barangan peribadi semasa pengguna menggunakan bilik.
11.Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku semasa pengguna menggunakan bilik.
|