BILIK EKSPLORASI

1. Penggunaan bilik ini adalah terhad kepada staf dan pelajar UTHM sahaja.

2. Penggunaan bilik ini adalah untuk tujuan pembentangan, perbincangan dan lain-lain aktiviti akademik sahaja
3. Penggunaan bilik ini adalah terhad kepada waktu berikut:
a. Setiap hari dari Ahad – Sabtu, kecuali cuti umum
b.
Masa penggunaan: 8.00 pagi – 10.30 malam
c. Tempoh penggunaan maksimum adalah 2 jam. Lanjutan masa boleh dipertimbangkan sekiranya tiada tempahan dari pengguna lain.
d. Tertakluk pada waktu perkhidmatan perpustakaan
4. Pengguna hendaklah membuat tempahan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum masa penggunaan, tertakluk kepada kekosongan, melalui telefon: Kaunter Sirkulasi : 07-4533318 atau tempahan terus di Kaunter Sirkulasi.
5. Pengguna hendaklah memaklumkan pembatalan tempahan melalui mana-mana saluran seperti di atas.
6. Penggunaan bilik ini adalah terhad kepada 5 hingga 10 orang pengguna dalam satu masa.
7. Pengguna tidak dibenarkan tidur, makan atau minum semasa bilik digunakan.
8. Pengguna tidak dibenarkan mengubah atau mengalih perabot dari lokasi asal di dalam bilik. Perabot dari luar juga tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik.
9. Pengguna hendaklah memastikan perkara berikut dipatuhi sebelum meninggalkan bilik yang digunakan:
a. Mematikan suis lampu
b. Menyusun semula perabot dan kelengkapan lain
c. Memulangkan semula kunci yang dipinjam di Kaunter Sirkulasi
d. Memastikan tidak ada barangan peribadi dan sampah ditinggalkan
10.Pengguna yang menghilangkan kunci bilik akan didenda sebanyak RM200.
11.Sebarang kerosakkan peralatan semasa menggunakan bilik ini perlu dilaporkan kepada pihak perpustakaan. Sila hubungi juruteknik: 07-4533313 atau Kaunter Sirkulasi 07-4533318.
12.Pengguna yang merosakkan perabot dan peralatan secara sengaja atau disebabkan kecuaian perlu membayar gantirugi kepada pihak perpustakaan.
13.Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan barangan peribadi semasa pengguna menggunakan bilik.
14.Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku semasa pengguna menggunakan bilik.
15.Pihak perpustakaan berhak menarik balik kemudahan yang disediakan sekiranya pengguna didapati melanggar peraturan penggunaan bilik di perpustakaan.