1. Penggunaan bilik ini adalah terhad kepada staf dan pelajar UTHM sahaja.
2. Penggunaan bilik ini adalah untuk tujuan pembelajaran sahaja.
3. Penggunaan bilik ini adalah terhad kepada waktu berikut:
a. Setiap hari dari Ahad – Sabtu, kecuali cuti umum
b. Masa penggunaan: 8.00 pagi – 10.30 malam
c. Tertakluk kepada waktu perkhidmatan perpustakaan
4. Penggunaan bilik ini adalah terhad untuk seorang pengguna sahaja dalam satu masa.
5. Pengguna tidak dibenarkan tidur, makan atau minum di dalam bilik.
6. Pengguna tidak dibenarkan menampal kertas atau nota pada meja, dinding dan pintu.
7. Pengguna hendaklah memastikan perkara berikut dipatuhi sebelum meninggalkan bilik yang digunakan:
a. Mematikan suis lampu
b. Menyusun semula perabot dan kelengkapan lain
c. Memastikan tidak ada barangan peribadi dan sampah ditinggalkan
8. Pengguna yang merosakkan perabot dan peralatan secara sengaja atau disebabkan kecuaian perlu membayar gantirugi kepada pihak perpustakaan.
9. Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan barangan peribadi semasa pengguna menggunakan bilik.
10.Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku semasa pengguna menggunakan bilik.
11.Pihak perpustakaan berhak menarik balik kemudahan yang disediakan sekiranya pengguna didapati melanggar peraturan penggunaan bilik di perpustakaan.
|