BILIK JURNAL

1. Penggunaan bilik ini adalah terhad kepada staf dan pelajar UTHM sahaja.
2. Penggunaan bilik ini mestilah untuk tujuan pembelajaran, pencarian maklumat dan penyelidikan akademik sahaja.
3. Penggunaan bilik ini adalah terhad kepada waktu berikut :
a.  Setiap hari dari Ahad – Sabtu, kecuali cuti umum
b.  Masa penggunaan: 8.00 pagi – 10.30 malam
c.  Tertakluk pada waktu perkhidmatan perpustakaan
4. Pengguna tidak dibenarkan membawa keluar jurnal dari bilik ini
5. Pelajar dibenarkan membawa masuk komputer riba dan digalakkan menggunakan laptop lock yang boleh dipinjam di Kaunter Sirkulasi.
6. Pengguna dilarang meletakkan jurnal berjilid di rak jurnal semasa dan sebaliknya.
7. Pengguna yang merosakkan perabot dan peralatan secara sengaja atau disebabkan kecuaian perlu membayar gantirugi kepada pihak perpustakaan.
8. Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan barangan peribadi semasa pengguna menggunakan bilik.
9. Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku semasa pengguna menggunakan bilik.
10.Pihak perpustakaan berhak menarik balik kemudahan yang disediakan sekiranya pengguna didapati melanggar peraturan penggunaan bilik di perpustakaan.