BILIK SARJANA AL-SHIRAZI

1. Penggunaan bilik ini adalah terhad kepada staf akademik dan pelajar pasca ijazah sahaja.
2. Penggunaan ruang di dalam bilik ini mestilah untuk tujuan pembelajaran, penyelidikan, pencarian maklumat dan lain-lain aktiviti akademik sahaja.
3. Penggunaan ruang adalah terhad kepada waktu-waktu berikut:
a. Setiap hari dari Ahad – Sabtu, kecuali cuti umum
b. Masa penggunaan: 8.00 pagi – 10.30 malam
c. Tertakluk pada waktu perkhidmatan perpustakaan
4. Pelajar dibenarkan membawa masuk komputer riba dan digalakkan menggunakan laptop lock yang boleh dipinjam di Kaunter Sirkulasi.
5. Pelajar hendaklah memastikan perkara berikut dipatuhi sebelum meninggalkan bilik yang digunakan:
a. Mematikan suis lampu dan alat pendingin hawa
b. Menyusun semula perabot dan kelengkapan lain
c .Memulangkan peralatan yang dipinjam di Kaunter Sirkulasi
d. Memastikan tidak ada barangan peribadi dan sampah ditinggalkan
6. Sebarang kerosakkan peralatan semasa menggunakan bilik ini perlu dilaporkan kepada pihak perpustakaan. Sila hubungi juruteknik: 07-4533313 atau Kaunter Sirkulasi 07-4533318
7. Pengguna yang merosakkan perabot dan peralatan secara sengaja atau disebabkan kecuaian perlu membayar gantirugi kepada pihak perpustakaan.
8. Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan barangan peribadi semasa pengguna menggunakan bilik.
9. Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku semasa pengguna menggunakan bilik.
10.Pihak perpustakaan berhak menarik balik kemudahan yang disediakan sekiranya pengguna didapati melanggar peraturan penggunaan bilik di perpustakaan.