| |
Perpustakaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia mula beroperasi
pada tahun 1993. Pada masa itu, UTHM dikenali sebagai Pusat
Latihan Staf Politeknik (PLSP). Dengan berbekalkan bahan bacaan
tinggalan Politeknik Batu Pahat serta sebuah bangunan kecil
2 tingkat yang menyediakan 120 tempat duduk, pihak pengurusan
perpustakaan memulakan misi menyokong staf akademik dan pelajar
dalam program pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di
universiti.
Sebagai gedung
ilmu kepada warga universiti dan selaras dengan penubuhan
UTHM sebagai universiti berteraskan sains dan teknologi, pembangunan
koleksi dalam bidang berkenaan telah dipergiatkan dari masa
ke masa. Sehingga kini Perpustakaan UTHM mempunyai 130,000
naskhah monograf, 4,000 judul tesis, 500 judul jurnal, 50
judul majalah dan 12,000 unit bahan audio visual. Pihak
perpustakaan juga telah melanggan 23 perkhidmatan pangkalan
data atas talian dan 4 perkhidmatan "e-books".
Selain Perpustakaan Utama
di Kampus Induk, sebuah perpustakaan cawangan telah ditubuhkan
di Kampus Bandar pada tahun 2004. Perpustakaan yang bertempat
di Blok A ini menyediakan 100 tempat duduk. Koleksi bahan
yang disediakan lebih tertumpu kepada bidang pengajian yang
ditawarkan oleh fakulti yang terdapat di Kampus Bandar.
Pada tahun 2006, Perpustakaan di Blok B5, di atas Pejabat
Bendahari, telah dibuka dengan kapasiti 300 tempat duduk.
Projek pengautomasian sistem perpustakaan telah dimulakan
pada tahun 1997 untuk menguruskan perkhidmatan perpustakaan
dengan lebih cekap.
|
|
|
|