PENGENALAN

CAPAIAN

Enjin Pencarian Koleksi Bahan Perpustakaan

Enjin Pencarian Koleksi Dokumen Digital Perpustakaan

 

PERATURAN PERPUSTAKAAN


1.

Pengguna hendaklah memakai kad matrik/staf UTHM semasa berada di dalam perpustakaan. Kehilangan kad hendaklah dilaporkan dengan segera kepada Pustakawan, Bahagian Perkhidmatan Maklumat. Kegagalan melaporkan kehilangan kad akan menyebabkan pengguna dipertanggungjawabkan keatas pinjaman bahan yang dilakukan oleh pengguna lain.

2.
Pengguna hendaklah mematuhi peraturan senyap di perpustakaan

3.
Pengguna hendaklah berpakaian kemas dan sopan semasa berada di perpustakaan. Pihak perpustakaan berhak mengarahkan pengguna yang tidak berpakaian kemas dan sopan supaya meninggalkan perpustakaan

4.
Pengguna hendaklah mematuhi peraturan penggunaan komputer di perpustakaan

5.
Pengguna dilarang membawa masuk beg, topi keledar, payung, baju hujan dan bungkusan ke dalam perpustakaan. Barang-barang tersebut boleh disimpan dalam loker berkunci di foyer perpustakaan

6.
Pengguna dilarang menggunakan telefon bimbit di dalam perpustakaan

7.
Pengguna dilarang mengalih perabot dan peralatan perpustakaan dari tempat asalnya

8.
Pengguna dilarang mengotor, mengoyak atau merosakkan bahan perpustakaan

9.
Pengguna dilarang membawa bahan perpustakaan keluar dari perpustakaan tanpa dipinjam secara sah samada di Kaunter Perkhidmatan atau melalui Mesin Pinjaman Layan Diri

10.
Pengguna dilarang menayangkan bahan audio-visual milik sendiri di Bilik Penyelidikan tanpa kebenaran staf perpustakaan yang bertugas

11.
Pengguna dilarang membawa masuk kanak-kanak ke dalam perpustakaan

12.
Pengguna dilarang merokok, makan dan minum di dalam perpustakaan

13.
Pengguna dilarang menempah tempat duduk. Pengguna lain berhak menggunakan mana-mana tempat duduk yang ditinggalkan kosong.

14.
Pengguna dilarang membawa masuk haiwan peliharaan ke dalam perpustakaan

15.
Pengguna yang membuat salinan fotokopi bahan-bahan perpustakaan adalah bertanggungjawab sepenuhnya keatas sebarang tindakan yang melanggar Akta Hakcipta 1987 (Akta 332)

16.
Pihak perpustakaan berhak mengarahkan pengguna yang kelakuan atau tindakannya boleh ditafsirkan sebagai mengganggu ketenteraman didalam perpustakaan supaya meninggalkan perpustakaan

17.
Pihak perpustakaan berhak memeriksa buku, fail atau bahan-bahan lain yang hendak dibawa keluar oleh pengguna dari bangunan perpustakaan

18.
Pengguna yang akan bercuti belajar atau bercuti sabatikal hendaklah memulangkan semua bahan yang dipinjam dari perpustakaan

19.
Pengguna yang menangguhkan, menarik diri, berhenti atau telah menamatkan pengajian di universiti hendaklah memulangkan semua bahan yang dipinjam dari perpustakaan

20.
Pengguna yang gagal mematuhi peraturan, akan menghadapi tindakan berikut:
• Diarahkan keluar dari bangunan perpustakaan.
• Tidak dibenarkan masuk dan menggunakan perkhidmatan / kemudahan perpustakaan.
• Digantung kelayakan meminjam bahan perpustakaan.
• Dirujuk kepada Unit Tatatertib Mahasiswa, Pejabat HEP

 21.
Pihak perpustakaan berhak meminda peraturan perpustakaan dari semasa ke semasa







©2009 Perpustakaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tel:07-4537151 Fax 07-4536925